Wednesday, 18 April 2012

Komponen Permainan Kanak-kanak (Kategori Jaring)


PERMAINAN KATEGORI JARING


                      1.0         TAJUK / NAMA PERMAINAN

Parton (diambil sempena nama dua jenis permainan iaitu bola tampar dan badminton)


2.0         MATLAMAT

Merancang dan menyediakan sejenis permainan kanak-kanak kategori jaring untuk memenuhi syarat ujian amali.


 3.0         OBJEKTIF


         3.1         Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama.
         3.2         Mengaplikasikan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan
         3.3        Mendapat pendedahan tentang beberapa jenis kemahiran asas badminton dan bola
                   tampar.
         3.4         Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
         3.5         Memperluaskan domain kognitif dan psikomotor.
         3.6         Meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan ruang sekeliling / persekitaran yang
                   boleh digunakan sepanjang tempoh permainan.
         3.7         Memperoleh peluang unutuk memilih dan membuat keputusan yang tepat semasa
                   permainan sedang dijalankan.
         3.8         Memperkembangkan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam
                   permainan.


 4.0          PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 



         4.1          Senarai Alatan


Gambar 1 : Tiang badminton


Gambar 2 : Tali nylon


Gambar 3 : Kain panjang yang berwarna biru



Gambar 4 : Skitel besar



Gambar 5 : Bola angin besar



Gambar 6 : “Giant Palm”




Gambar 7 : Papan markah



4.2         Prosedur Pelaksanaan Permainan


    4.2.1    Pemain terbahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan A dan B.
                 Setiap pasukan akan berpecah kepada dua kumpulan iaitu A1 dan A2
                 begitu juga B1 dan B2.
    4.2.2        Kawasan permainan terbahagi kepada 4 bahagian menggunakan tali nylon
                 yang diwakili setiap pasukan. (Rujuk ke pelan)
    4.2.3        Setiap pemain akan dibekalkan “Giant Palm” untuk menampar bola.
    4.2.4        Toss coin dilakukan untuk menentukan pihak yang akan memulakan servis.
    4.2.5         Servis akan dimulakan dalam bulatan kecil yang berada di tengah
                  kawasan gelanggang masing-masing untuk menghantar bola kepada
                  pasukan pihak lawan.
    4.2.6          Pertukaran servis berlaku apabila pasukan pihak lawan berjaya membalas
                  hantaran bola / manakala servis kekal apabila pasukan pihak lawan gagal
                  menghantar bola.
    4.2.7          Bola hendaklah dimatikan ke mana-mana kawasan pihak lawan untuk
                  mendapatkan mata.
    4.2.8          Bola hendaklah disambut semula oleh pihak kumpulan sekiranya bola
                  yang dipukul termasuk ke kawasan kumpulan sendiri.
    4.2.9           Mata diberikan apabila bola jatuh ke dalam gelanggang kumpulan sendiri.
    4.2.10      Kumpulan yang mencapai mata akhir yang ke-15 dikira sebagai
                  pemenang.
    4.2.11      Pemain bebas bergerak dan menentukan strategi permainan tersendiri.


4.3         Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan



Gambar 8 : Gelanggang permainan Parton


4.4         Peraturan dan Syarat-syarat Permainan


4.4.1      Setiap pasukan pasukan A1, A2, B1, dan B2 yang telah ditetapkan tidak boleh
            berada di kawasan gelanggang yang lain, melainkan kawasan sendiri.

4.4.2      Pemain harus menampar bola dengan menggunakan “Giant Palm” dan
            dibenarkan untuk menendang bola yang berada pada aras yang rendah serta
            menanduk bola yang berada pada aras yang tinggi apabila diperlukan.
4.4.3   Bola mesti melepasi tali nylon yang diletakkan kain panjang yang diikat pada
            tiang. 
4.4.4      Sekiranya bola terjatuh di kawasan sendiri / melakukan kesalahan, pihak lawan
            akan mendapat servis dan memperoleh mata.
4.4.5      Pengumpulan mata melalui hantaran bola ke gelanggang pasukan pihak lawan
            dengan syarat bola tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan
            gelanggang sendiri.
4.4.6      Satu mata akan diberikan kepada pasukan pihak lawan sekiranya pasukan pihak
            sendiri telah menampar bola ke luar garisan gelanggang dan sebaliknya.
4.4.7       Mata kemenangan ialah 15 mata.

No comments:

Post a Comment